Datuk Jahid Jahim Pengsan Ketika Berucap

jahid-1.jpg

Datuk Jahid Jahim

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim pengsan ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis di Pitas hari ini, namun kini dilaporkan beliau berada dalam keadaan stabil.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai berkata beliau dimaklumkan Jahid, yang juga ADUN Tamparuli dipercayai mengalami keletihan melampau.

Beliau yang juga ADUN Kiulu itu berkata Jahid berada di Pitas untuk merasmikan sebuah projek berkaitan bekalan air yang juga sebuah projek tanggungjawab sosial korporat sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, tular di beberapa kumpulan aplikasi Whatsapp meminta ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mendoakan kesihatan Jahid, 64, juga Timbalan Presiden parti itu dengan menunjukkan gambar Jahid yang sedang dirawat di hospital.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top