Datuk Antara Enam Direman Tipu Hasil Lombong Emas Di Tawau

lombong-emas.jpg

Suspek (duduk) dibawa ke mahkamah Tawau untuk perintah reman pada Rabu.

Kongsi Bersama

TAWAU: Individu bergelar Datuk antara enam yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan melibatkan penjualan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas bernilai RM25 juta.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu bermula Rabu hingga Jumaat ini selepas pegawai pendakwa SPRM Asmawi Kulup Lam membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Tawau di sini semalam.

Kesemua suspek terdiri lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 42 hingga 67 tahun sebelum itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Pejabat SPRM Tawau pada tengah malam Rabu.

Kesemua suspek termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengarah syarikat disyaki memperdaya kerajaan Sabah dengan mengemukakan penyata penjualan yang mempunyai butiran palsu bagi mengelak serta membayar royalti sebenar kepada kerajaan negeri terhadap hasil emas yang di lombong di Bukit Mantri di sini.

Difahamkan emas sebanyak 100 kilogram bernilai RM25 juta itu tidak dilaporkan penghasilannya yang sepatutnya menyumbang pembayaran royalti sebanyak RM1.25 juta kepada kerajaan Sabah bagi tempoh bermula 2020 hingga 2022.

Penipuan itu dibuat melalui pakatan dua syarikat yang mana semua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya. – SINAR

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top