Dasar ‘Sifar Covid’ China Peritkan Sektor Pelancongan Sabah

china-tourist.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelancongan di Sabah akan mengalami pemulihan lebih perlahan disebabkan polisi “sifar Covid” China yang mengehadkan perjalanan ke dan dari negara itu, kata pemimpin industri.

FMT dalam laporannya memetik pemimpin-pemimpin industri itu berkata Sabah sangat bergantung kepada pelancong China yang merangkumi separuh daripada jumlah kedatangan pelancong antara 2017 dan 2019.

Lonjakan kes daripada varian Omicron menyebabkan sekatan dikenakan di beberapa bandar termasuk Shanghai.

Pengerusi Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah Winston Liaw berkata: “Sabah boleh melupakan pasaran China tahun ini. Saya rasa kita hanya boleh menjangkakan kedatangan mereka tahun depan.”

Menurut laporan itu, Presiden Pelancongan Sandakan Teo Chee Kim berkata negeri itu perlu melihat dari segi kebergantungannya terhadap pelancong China dan membuka pasaran serantau lain untuk pelancong dari Singapura, Thailand, India, Indonesia dan Jepun.

Liaw berkata pilihan terbaik seterusnya ialah Korea Selatan, yang hanya berada di kedudukan kedua di belakang China dari segi kedatangan pelancongan antarabangsa dalam tempoh sama.

Beliau juga berkata ketibaan antarabangsa hanya akan direkod bulan depan kerana tiada penerbangan antarabangsa dijadualkan tiba di Sabah sehingga akhir April.

Manakala Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah Lawrence Chin, berkata pemimpin pelancongan perlu juga menarik pelancong dari Eropah, Amerika Utara dan Australia.

Seorang pakar ekonomi, Firdausi Suffian, pula mengingatkan mengenai harapan terlalu tinggi untuk memulihkan industri pelancongan dengan lebih cepat.

“Memandangkan ekonomi baru saja dibuka, rakyat perlu menggantikan semula apa yang telah dibelanjakan atau hilang. Disebabkan melancong adalah aktiviti riadah, mereka mungkin mengambil masa untuk menyimpan wang secukupnya untuk melakukannya,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top