Darurat Tidak Akan Disambung – Takiyuddin

Takiyuddin-Bernama.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam sidang khas Parlimen sebentar tadi memberitahu bahawa Proklamasi Darurat tidak akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihak kerajaan tidak akan menasihatkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat.

“Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat pada 1 Ogos nanti,” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, Takiyuddin berkata semua ordinan darurat di bawah Proklamasi Darurat terbatal.

“Kerajaan telah membuat keputusan berdasarkan kepada Perkara 150 (3) untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat ini,” katanya lagi.

Menurut beliau keputusan telah dibuat pada 21 Julai lalu, bertepatan dengan mesyuarat kabinet terakhir.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top