Darurat Di Bugaya: BN Sabah Sokong Elak PRK Demi Kekang Covid-19

bung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Barisan Nasional Sabah (BN) mengalu-alukan dan menyokong pengisytiharan darurat bagi menangguhkan pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut tepat dan ia adalah langkah yang sesuai dengan keadaan yang wujud ketika ini ketika negara masih berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19.

“BN dan Umno Sabah menjunjung kasih atsa perkenan Yang di-Pertua Agung  untuk pengisytiharan darurat di DUN Bugaya  sekali gus membatal dan menunda pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya,” katanya ketika dihubungi hari ini sebagai mengulas perisytiharan darurat tersebut.

Yang di-Pertua Agung Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik Perak dan DUN Bugaya Sabah sekali gus pilihan raya di kedua-dua kerusi itu ditangguhkan.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah sebelum ini BN/Umno Sabah telah mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bagi PRK Bugaya sekiranya PRK di kawasan itu diteruskan.

Tambah Bung, keputusan perisytiharaan darurat ini adalah tindakan yang perlu supaya tidak memburukkan lagi krisis kesihatan dan mengelak kehilangan lebih banyak nyawa .

Pada 27 November lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik dan DUN Bugaya akan diadakan serentak pada 16 Januari depan.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, turut diadakan serentak adalah tarikh penamaan calon pada 4 Januari.

Pada 16 November lalu, Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub Pahang kerana sakit Jantung.

Sementara itu ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah pula dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya kerana menderita sakit buah pinggang.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top