‘Dark Tourism’ Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Sabah – Joniston

Joniston.jpg

Datuk Joniston Bangkuai (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Konsep ‘Dark Tourism’ atau Pelancongan Gelap yang merupakan gabungan sejarah dan warisan, pelancongan serta tragedi dari pelbagai lapisan dilihat boleh dijadikan strategi pemasaran baharu bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, di negara ini khususnya di Sabah mempunyai banyak tempat untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan gelap.

Katanya, tempat-tempat ini tidak begitu terkenal malah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat tempatan.

“Tentangan ini berkemungkinan besar kerana kekurangan maklumat yang tepat menerusi kajian-kajian ilmiah mengenai konsep sebenar pelancongan gelap. Malah, ada yang beranggapan bahawa konsep ini hanyalah berasaskan unsur-unsur paranormal sahaja.

“Penerokaan jenis-jenis pelancongan baru seperti konsep ini akan membolehkan Sabah menyediakan pelbagai pakej dan produk pelancongan untuk menarik minta pelancong domestik di samping kita dapat mengekalkan minat pelancong antarabangsa ke Sabah.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel dan Sesi Perkongsian Gabungan Ekopelancongan dan ‘Dark Tourism’: Potensi Produk Baharu Pelancongan Taman-Taman Sabah Pascapandemik.

Joniston berkata, pihak kementerian juga yakin konsep ini harus diterokai kerana ia mampu menambah nilai sektor pelancongan Sabah.

“Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah selaku agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kerana telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan satu program yang bertemakan Dark Tourism.

“Penganjuran program ini adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin yang telah mencetuskan idea pembangunan ‘Dark Tourism’ di Sabah,” katanya.

Katanya, penganjuran program itu secara keseluruhan telah mencapai objektif bagi mendalami, meneroka, merungkai dan membongkar konsep Dark Tourism dari sudut pandang akademik dan melalui perkongsian pengalaman daripada pemain industri segmen Dark Tourism.

“Saya percaya, penganjuran program ini telah memberi impak positif dalam mengubah persepsi umum khususnya peserta yang menghadiri bengkel dan sesi perkongsian ini terhadap Dark Tourism daripada dipandang sebagai ‘pelancongan hantu’ kepada “pelancongan tragedi bersejarah’,” katanya.

Program yang dilaksanakan bermula 15 September lalu adalah bagi melihat potensi produk pelancongan baharu di Taman-Taman Sabah dengan gabungan Ekopelancongan dan Dark Tourism dari sudut pandangan akademik dan perkongsian pengalaman dari pemain industri segmen Dark Tourism.

Antara pengisian program ini adalah bengkel, lapan siri perkongsian cadangan potensi produk atau aktiviti Dark Tourism  dan satu segmen khas Dark Tourism di Pulau Sulug, Taman Tunku Abdul Rahman.

 

Sebanyak 40 produk atau aktiviti potensi Dark Tourism di Taman-Taman Sabah telah dicadangkan menerusi lapan Siri Perkongsian oleh lapan orang pegawai penyelidik dari semua stesen/ Taman dibawah Taman-Taman Sabah.

Sesi yang telah dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis bermula 21 September sehingga 14 Oktober lalu telah mengetengahkan pelbagai lokasi dan tempat yang berpotensi sebagi Dark Tourism bermula dari dasar lautan Pulau Sipadan sehingga ke Puncak Gunung Kinabalu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top