KOTA KINABALU: Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong mendahului senarai 679 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun ke-67 Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin, esok.
Ismail Sabri, yang merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO, Hamzah (Setiausaha Agung PPBM), Jeffrey (Presiden STAR) dan Safar akan menerima anugerah tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.
Sumber:FMT
Komen