DARI RESTORAN PAK MUS: Membantu Ekonomi Rakyat Ketika Dalam Perang

pic.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

Saya petik sedikit sejarah food industry di negara lain terutama USA sebagai renungan bersama. Saya tidak sebut McD, KFC, Burger King, Subway dan lain-lain yang berkembang ketika dunia dalam keadaan aman.  Saya petik sejarah pengeluar produk makanan yang muncul sebelum Perang Dunia Kedua. Heinz, Hersey, Kelleog, Post, Mars dan beberapa syarikat yg sedang meningkat tetapi tiba-tiba terjejas teruk selepas meletusnya perang dunia. Namun syarikat-syarikat itu kemudianya muncul menjadi syarikat produk makanan gergasi dunia sebaik sahaja tamat perang dunia. Bagaimana ini boleh berlaku?

Kerajaan yang bertanggungjawab tidak seharusnya membiarkan syarikat-syarikat hilang pendapatan dan bankrup kerana syarikat-syarikat perniagaan merupakan nadi ekonomi sesebuah negara. Itu yang telah dilakukan kerajaan Amerika Syarikat dan Britain. Syarikat-syarikat produk makanan diberi kontrak membekal makanan untuk tentera, hospital dan frontliner. Ada syarikat bekal coklat, gula-gula, bahan makanan untuk sarapan, makanan dalam tin dan sebagainya. Syarikat kenderaan seperti Ford, Chrysler dan lain-lain membekal kenderaan untuk tentera dan polis tentera.

Sebahagian besar peruntukan perang tidak hangus begitu sahaja di medan perang sebaliknya dikongsi syarikat-syarikat dalam negara masing-masing. Selepas perang berakhir, syarikat-syarikat itu mempunyai kewangan yang cukup untuk  meneruskan operasi. Anggaplah Malaysia sekarang sedang menghadapi peperangan. Perang menentang pandemik Covid-19. Tapi apa kerajaan lakukan utk membantu sektor perniagaan dalam negara selain memberi subsidi upah dan subsidi utiliti?

Saya mencadang  kerajaan membekal makanan secara percuma kepada semua frontliner termasuk pekerja hospital, pekerja utiliti, PBT dan semua kakitangan kerajaan yang terpaksa bertugas. Untuk membekal makanan kerajaan dicadangkan mengagihkan peruntukan daripada bajet RM15 billion itu kepada syarikat-syarikat pembekal makanan, kilang roti,  hotel,  bed and breakfast, restoran dan gerai berlesen di seluruh negara mengikut daerah dan kawasan masing-masing. Janganlah beri kontrak kepada satu dua syarikat milik kroni sahaja.

Beri peluang semua pemilik perniagaan yang terjejas akibat PKP dan darurat. Saya percaya peruntukan daripada kerajaan dan pendapatan yang bakal diperolehi mampu menyelamat banyak syarikat pengeluar makanan dan restoran di negara kita. Bila pengeluar makanan beroperasi penjual sayur, ikan dan pembekal bahan-bahan mentah dan industri yang berkaitan makanan juga akan  terus bertahan. Saya percaya syarikat-syarikat tersebut mampu menjana dan merancakkan ekonomi selepas perang berakhir…


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top