Dari mana datangnya RM16 bilion?, tanya Pandikar

TS-pandikar.jpg

Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggesa Putrajaya menjelaskan dari mana datangnya peruntukan persekutuan RM16 bilion kepada negeri ini.

Menurut Pandikar, yang juga presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pertambahan peruntukan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

Beliau berkata RM16 bilion itu secara tiba-tiba diumumkan oleh perdana menteri semasa ucapannya ketika menutup perayaan Kaamatan pada Jumaat, sedangkan jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri juga tidak menyebut apa-apa mengenai peruntukan itu.

Katanya, Ketua Menteri Sabah menduduki jawatankuasa itu manakala jawatankuasa teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri turut melibatkan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Jadi, kenapa ahli jawatankuasa MA63 tidak tahu tentang jumlah RM16 bilion itu?,” soalnya, selepas program Jelajah MA63 anjuran bersama STAR-Usno di Putatan.

“Soalan saya, dari mana datangnya RM16bil?

“Kenyataan Perdana Menteri pada hari Jumaat mengelirukan, saya juga keliru,” kata Pandikar, menjawab soalan media mengenai peruntukan itu.

Ketika menutup pesta Kaamatan peringkat negeri, Anwar menggesa orang ramai supaya tidak menuduh Putrajaya tidak melakukan secukupnya untuk menyelesaikan tuntutan Sabah di bawah MA63.

Walaupun isu hasil bersih 40% masih belum diselesaikan, katanya, beliau telah menambah peruntukan persekutuan kepada negeri sejak menjadi Perdana Menteri.

“Sejak menjadi Perdana Menteri, saya telah menaikkan peruntukan pada 2024 kepada RM16 bilion berbanding RM12.9 bilion pada 2022,” katanya.

Perdana Menteri juga menambah bahawa peruntukan RM16 bilion yang diberikan kepada Sabah adalah lebih daripada hak perlembagaan 40% hasil bersih yang dituntut oleh negeri ini.

 

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top