DARI DUN SABAH: JHEAINS, PBT Akan Bincang Sedia Ruang Solat Di Tapak Bazar Ramadan

arifin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan mengadakan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan ruangan solat di tapak bazar Ramadan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ruangan solat itu melibatkan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazar Ramadan yang kekal.

“Kerajaan melalui JHEAINS akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan PBT untuk menyediakan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazaar Ramadan yang kekal untuk menampung keperluan pengunjung dan peniaga Islam yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

“Adapun bagi tapak bazaar sementara memadai sekadar musalla bergerak dan surau bersifat sementara,” katanya bagi menjawab pertanyaan Dr Aliakhbar Gulasan pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan daripada Dr. Aliakbar Gulasan mengenai penyediaan surau sementara menggunakan kanopi di kawasan tapak bazar Ramadan.

“Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) bazar Ramadan, kesesuaian lokasi dan keluasan tapak bazaar,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top