DARI DUN SABAH: Dasar Yang Dibentangkan Baik, Tetapi Perlu Diperkasa – Jaujan

jaujan.jpg

Jaujan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelan pemulihan dan perancangan yang dibentangkan kerajaan merangkumi semua kementerian serta agensi disifatkan baik.

Datuk Jaujan Sambakong (WARISAN-Sulabayan) berkata, sektor pelancongan contohnya perlu menyatakan perincian yang teliti dalam pelaksanaan memperkasakan infrastruktur dan kemudahan asas pelancong serta mempromosi produk-produk pelancong kepada pelancong luar.

“Perancangan ini hendaklah mengutamakan dan memperkasakan rakyat tempatan yang menjadi pemain dalam bidang ini.

“Sudah tentu keadaan ini memberi peluang pekerjaan kepada Rakyat di Sabah. Jika hanya mempunyai pelan perancangan yang terbaik akan tetapi pelaksanaan yang kurang progresif atau tidak difahami maka berlakulah rakyat hanya sebagai penonton,” katanya ketika dalam perbahasan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16, pada Selasa.

Dalam pada itu katanya, hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor pertanian perlulah menyeluruh. Kini hanya di kawasan-kawasan pertanian seperti di Keningau, Kuala Penyu dan Beaufort menjadi tumpuan.

Katanya, daerah yang diistiharkan sebagai daerah termiskin di Malaysia seperti daerah Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan kurang diberi tumpuan dalam membangunkan sektor pertanian.

Selain itu, Jaujan berkata, pelaksanaan naik taraf jalan raya di Sabah didapati mengambil tempoh masa lama. Kerajaan negeri perlu tegas memastikan pemaju berkaitan melaksanakan projek dengan segera.

“Berkaitan dengan harga rumah mampu milik B40 berharga RM47,000 seunit, apakah jaminan kos berkenaan tidak berubah memandangkan bahan binaan semakin meningkat,” katanya lagi.

 

Berita asal: Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top