DARI BLOG SSK: Vaksin: Senjata Ampuh Melawan Covid

vaccine-Britain.jpeg
Kongsi Bersama

1.Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) ada masalah untuk membendung penularan covid-19. Ini disokong dengan rekod harian bilangan kes positif baharu yang masih tidak turun ke dua atau satu angka semenjak dari PKP 2.0 hingga lah ke hari ini. Manakala unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) (R0) gagal mencecah sasaran KKM kurang dari 1.0 sepanjang tempoh tersebut.

2. Statistik ini amat membimbangkan dan saya melihat hanya vaksinasi jalan penyelesaian terbaik dan berkesan. Pendapat ini selari dengan saranan Pakar Kesihatan Awam yang percaya bahawa vaksin adalah satu-satunya pilihan yang kita ada bagi mengekang penularan pandemik ini. Malah ia sudah dibuktikan di banyak negara maju. Suntikan vaksin mampu menurunkan angka kes lebih cepat.

3. Misalnya, di United Kingdom (UK), dari 36 juta orang penduduk- sebanyak 68% populasi penduduk telah menerima dos pertama mereka dan 19 juta orang telah lengkap menerima 2 dos. Program imunisasi mereka amat dikagumi kerana mampu memvaksin seramai seratus ribu orang dalam masa sehari. Ini kerana mereka tidak hanya tertumpu pada hospital sebaliknya diperluaskan lagi ke pusat keagamaan seperti gereja, pusat rekreasi dan kawasan pendalaman.

4. Kejayaan membentuk imuniti berkelompok ini turut mempengaruhi keputusan UK kembali membuka pelbagai sektor untuk orang awam termasuk membenarkan 21,000 orang menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley pada 15 mei lalu. Justeru, kejayaan UK ini wajar dijadikan contoh dan aspirasi bagi pihak kerajaan untuk memperbaiki kelemahan sistem imunisasi kita. Mulakan dengan menambah baik sistem agihan vaksin dan memastikan sistem pendaftaran bagi pengambilan vaksin kemas dan lancar.

 

Baca seterusnya di: sallehsaid.com


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top