DARI BLOG SSK: Undi 18: Iktiraf Golongan Muda Dalam Demokrasi

undi-18.jpg
Kongsi Bersama

1.Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun telah diluluskan di Dewan Negara pada julai 2019. Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik.

2. Langkah ini dilihat meletakkan Malaysia sebaris dengan negara membangun yang lain seperti Indonesia misalnya, menetapkan had mengundi pada usia 17 tahun, manakala Argentina, Austria dan Brazil pula sudah serendah 16 tahun.

3. Kelulusan usul Ini juga akan memberikan pertambahan sebanyak 20 peratus atau kira-kira 3.7 juta pengundi baru pada PRU akan datang. Angka ini jelas menunjukkan peranan besar golongan muda dalam sistem demokrasi berikutan golongan ini dilihat boleh menjadi antara ‘king maker’ dalam menentukan mandat bagi mentadbir negara.

4. Di sebalik banyak persoalan yang berbangkit mengenai kematangan dan literasi politik golongan terbabit dalam menentukan hala tuju negara, saya berpendapat golongan ini boleh mencapai kematangan politik dengan cepat. Ini kerana kita dalam zaman digital masa kini dan maklumat boleh diakses melalui pelbagai medium dengan pantas. Perolehan maklumat ini akan membantu mereka untuk membuat keputusan kepada siapakah sokongan atau undi patut diberikan.

 

Baca seterusnya di: sallehsaid.com


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top