Yang Berhormat Datuk Speaker,
A. PENGENALAN & SOKONGAN BAJET 2021
- Saya mengucapkan tahniah atas ucapan YAB Ketua Menteri yang telah membentangkan BAJET 2021 yang bersifat surplus, inklusif dan menekankan libat urus bersama Rakyat.
- Saya melihat BAJET 2021 ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri berpandangan jauh dalam memastikan pelan pembangunan yang lestari untuk tahun 2021 – 2025.
- Dengan izin, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa perkara cadangan kepada BAJET 2021 untuk perhatian Kerajaan Negeri.
B. KONSEP ‘RESET’ (TETAPKAN SEMULA KEUTAMAAN)
- Kita perlu bersedia untuk meneruskan kehidupan dengan Norma Baharu. Ini merupakan kata-kata Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, yang berpendapat “COVID-19 tidak akan berakhir dalam tempoh dua tahun akan datang.”
- Sehubungan dengan itu, saya berpandangan bahawa kita perlu ‘RESET’ atau tetapkan semula Prioriti atau Keutamaan dalam menghadapi suasana ekonomi yang amat mencabar.
- Bagi saya, ‘RESET’ dalam konteks ini hanyalah merupakan penetapan semula keutamaan kita – ianya bukan satu tindakan drastik.
Baca seterusnya di sallehsaid.com