DARI BLOG SSK: Toleransi Tinggi Ke Arah Keharmonian Kaum

perpaduan.jpg
Kongsi Bersama

1.Malaysia terdiri dari masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Malaysia juga kaya dengan kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai dialek dan budaya. Mengambil contoh di negeri Sabah, terdapat sebanyak 32 kumpulan etnik. Komposisi antara kaum ini jelas dapat dilihat melalui maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia.

2.Justeru, keamanan dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa. Namun, negara turut berdepan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian. Isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan kaum masing-masing.

3.Kepelbagaian agama yang wujud dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik, antaranya ialah perbezaan pegangan ajaran agama, sikap penganut agama bertindak di luar batasan yang digariskan agama dan undang-undang negara serta salah faham antara agama atau dalam kalangan agama yang sama.

4.Konflik ini turut dikembangkan dengan wujudnya golongan ekstremisme dan fanatisme terhadap agama yang mengakibatkan usaha memupuk toleransi antara agama dan budaya di negara ini bertambah sukar. Saya berpendapat toleransi dan perpaduan akan dapat dikukuhkan melalui beberapa cara antaranya memberi ruang kepada dialog yang sihat untuk meredakan prasangka dan memupuk semangat perpaduan serta kebersamaan dikalangan rakyat.

 

Baca seterusnya di: sallehsaid.com

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top