1.Bila kita berkata kita akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membentuk Belanjawan Perpaduan, kita tidak sepatutnya meletakkan syarat yang tidak adil kepada rakan sekutu dalam kerajaan.
2.Kerjasama dalam bentuk cadangan-cadangan dialukan, namun ia harus mengambil kira aspek terpenting dalam perincian Belanjawan tersebut, iaitu kepentingan rakyat dan negara. Apa yang penting, cadangan-cadangan diambil kira, dipertimbangkan dan harus ada “give and take” dan juga kompromi.
3.Tindakan Pakatan Harapan meletakkan syarat penerimaan konsep perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence & supply agreement – CSA) melanggar semangat kerjasama yang telah ditunjukkan oleh parti-parti lain, terutamanya Barisan Nasional yang telah pun membuat ketetapan untuk memberi sokongan kepada Belanjawan Perpaduan tersebut.
Baca seterusnya di: sallehsaid.com