1.Negara terutamanya barisan hadapan kini sedang bergelut untuk memastikan virus Covid-19 yang menggemparkan seluruh dunia ini dapat diselesaikan. Sinar baharu mula tiba selepas vaksin Pfizer-BioNTech sampai dan harapan rakyat kembali bersama dalam usaha mengakhiri pandemik itu.
2. Justeru secara peribadi saya berpandangan perkara berkaitan politik perlu diketepikan bagi memberi laluan kepada penyelesaian masalah. Mari kita sama-sama memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan tindakan-tindakan penting bagi menangani Covid-19.
3. Rakyat mahukan ekonomi dan kesihatan rakyat seiring bangkit dan pulih. Rakyat juga jemu sesama pemimpin berpolitiking kerana apa yang penting adalah hasil dan bantuan berterusan untuk menyelamatkan mereka.
4. Untuk mencapainya, kita perlu cari titik persamaan dan ketepikan perbezaan seketika. Fokus perlu diberikan utk memerangi covid-19. Bercutilah daripada politik demi menyelamatkan ekonomi. Namun setiap tindakan perlu dilaksanakan dengan sepenuh hati dan bukan hanya untuk mencipta nama serta berlumba-lumba menjadi juara.
Baca seterusnya di: sallehsaid.com