1.Sewaktu kempen PRN Sabah September lalu, saya beraspirasi untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra masyarakat dan mesra anak muda di DUN Usukan.
2. Ini kerana saya percaya bahawa aktiviti ekonomi, sosial serta pendidikan masyarakat setempat harus dirancakkan dan anak-anak muda harus memperkasa minda dan keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin ke hadapan.
3. Walaupun pembinaan SSK Centre (SSKC) yang dijanjikan masih dalam peringkat perancangan rekabentuk, program-program di bawah kelolaan SSKC telah pun bermula sejak awal November yang lalu.
4. Sebagai permulaan, laman Facebook SSKC telah pun dilancarkan Oktober lepas sebagai platform maklumat, berita dan pengumuman berhubung aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Anda boleh mengikuti perkembangannya di www.facebook.com/SSKCentre.
5. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan sehingga hari ini SSKC telah mendapatkan pendaftaran 150 orang anak muda sebagai Sukarelawan SSKC dalam program-program kemasyarakatan yang dijalankan.
Baca seterusnya di: sallehsaid.com