DARI BLOG SSK: Sinar Baharu Dalam Perang Melawan Covid-19

vaksin-2.jpg
Kongsi Bersama

  1. Pagi kelmarin, sejumlah 312,390 dos vaksin keluaran Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia. Ketibaan vaksin ini disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
  2. Kita menyambut gembira ketibaan vaksin ini kerana ia adalah detik bersejarah yang memberi sinar baharu dalam usaha kita melawan wabak Covid-19 daripada terus merebak, seterusnya memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk.
  3. Dengan ketibaan pertama ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari ini. Program ini meliputi tiga fasa, di mana fasa pertama membabitkan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan, dengan program imunisasi dijadualkan tamat pada April.
  4. Fasa kedua pula membabitkan kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini dan akan memanfaatkan sejumlah 9.4 juta rakyat.
  5. Fasa ketiga membabitkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas. Ia bermula Mei hingga Februari 2022, dan fasa inilah yang diharapkan untuk membentuk imuniti kelompok yang dapat mengawal pandemik secara menyeluruh. Insya-Allah sekiranya semua berjalan lancar, program ini dijangka meliputi lebih 80% atau hampir 27 juta rakyat menjelang suku pertama 2022.

Baca seterusnya di: sallehsaid.com

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top