DARI BLOG SSK: Segera Ambil Langkah Berani & Betul

agong-pm.jpg

KUALA LUMPUR, 10 Jun -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA???KUALA LUMPUR, June 10 -- The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah today granted an audience to Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for a pre-Cabinet meeting at Istana Negara.?--fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED?

Kongsi Bersama

Artikel ini dipetik sepenuhnya daripada blog Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak ‘Terus Melangkah’. Blog itu boleh dilayari di sallehsaid.com

1.Kelmarin sejumlah 1,228 kes baharu Covid-19 direkodkan, paling tinggi setakat ini. Tujuh orang lagi telah meninggal dunia. PKPB di Sabah dilanjutkan untuk 14 hari lagi. PKPB di Kuala Lumpur belum ditentukan lagi sama ada akan disambung, namun nampak gayanya di Selangor ia mungkin dilanjutkan.

2. Rakyat semakin gelisah dan bimbang. Namun rakyat seolah-olah terpaksa meletakkan kebimbangan mereka pada nombor dua, kerana ada lagi perkara besar yang perlu dibimbangi, iaitu ketidakstabilan politik negara.

3. Berita Tan Sri Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin menjadi asas pelbagai spekulasi dan komentar dari ahli-ahli politik, yang mengundang pelbagai komentar susulan dari warganet.

4. Belum pun selesai perjumpaan di Istana Abdulaziz, Kuantan pada malam tersebut, portal media dan media sosial pantas memuatkan naratif darurat, darurat politik, kelemahan kerajaan hinggalah ‘ketakutan’ kerajaan.

5. Anak-anak muda warganet tidak menunggu lama untuk memulakan kempen protes darurat. Naratif di media sosial kembali berkisar kepada kelemahan dan kerapuhan kerajaan. Kemarahan terhadap ahli politik semakin membuak.

6. Pada masa yang sama ahli politik turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pendirian masing-masing di media. Ada yang cadang PM letak jawatan. Ada yang cadang barisan kabinet letak jawatan.

7. Apa yang kita lihat dan baca tidak sekali menggambarkan semangat sebuah negara yang ingin bersatu hati memerangi ancaman Covid-19.

8. Bilakah semua ini akan berakhir? Sama ada ada atau tidak pengisytiharan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, suasana politik negara tetap huru-hara dengan pelbagai perbezaan pandangan. Pandangan ini hanya tertumpu kepada kepentingan peribadi, pendirian parti, dan jarang sekali tertumpu kepada apa yang rakyat mahukan.

9. Kita lupakah kepada rakyat? Kita tidak dengarkah keluhan mereka? Hanya satu jalan untuk mengakhiri kemelut ini, dan saya sudah berulang kali menyeru agar semua ahli politik mengambil jalan ini, iaitu jalan kerjasama dan kesatuan sebagai sebuah negara.

10. Panggillah ia apa pun: gencatan politik, moratorium politik, atau apa pun, yang paling penting sekali ialah semua ahli politik berhenti bermain politik dan tumpukan perhatian kepada nasib rakyat dan masa depan negara. Kita perlu segera ambil langkah berani, dan langkah yang betul.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top