DARI BLOG SSK: Ramadan Dalam Covid Penuh Cabaran

ramadan-ssk.jpg
Kongsi Bersama

1.Alhamdulillah, Ramadan kembali hari ini di mana semua umat Islam berlumba-lumba melaksanakan ibadah untuk keberkatanNya. Bulan Ramadan yang penuh cabaran ini haruslah kita sematkan kesabaran dalam hati. Inilah masanya marilah kita rebut pahala yang berganda-ganda diberikan pada bulan suci ini.

2. Sudah berdekad-dekad, inilah antara puasa yang saya rasa sunyi dari khalayak ramai. Dugaan untuk semua selepas Covid-19 serentak melanda ke seluruh dunia ternyata memberi pengajaran kepada kita. Ia secara langsung memberi kesedaran dan keinsafan pada kita semua.

3. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan jangkitan covid ada pasang surutnya. Justeru untuk memastikan virus ini ditangani, kita harus sama-sama patuh SOP yang ditetapkan. Masjid antara tempat yang tidak terkecuali untuk perlaksanaan SOP yang ketat. Kita maklum solat tarawih berjemaah di surau dan masjid yang terhad.

 

Baca seterusnya di: sallehsaid.com

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top