- Malaysia kini berhadapan dengan cabaran besar selepas peningkatan kes Covid-19 secara mendadak hingga mencecah 3,000 kes setiap hari. Kebimbangan inilah menjurus kepada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri seperti mana diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
- Dalam keadaan barisan hadapan hampir lumpuh kerana tidak dapat menampung kes yang tinggi, maka wajib untuk kita sama-sama patuh pada arahan kerajaan iaitu duduk di rumah lebih-lebih lagi yang berada di kawasan zon merah.
- Bagaimanapun, bantuan dan insentif haruslah diberikan secara berterusan memandangkan PKP ini saya jangka akan berlanjutan sekiranya kes masih belum menurun.
- Sangat ramai golongan yang terkesan akibat pandemik ini bahkan ia terjadi kepada ekonomi seluruh dunia.
- Saya petik kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNFPA yang dibuat tahun lalu, iaitu lebih 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Kadar pengangguran berada di paras 5.3% tahun lalu.
Baca seterusnya di:sallehsaid.com
Komen