DARI BLOG SSK: Pengangguran Pasca-Covid & Penyelesaiannya

job-seeker.jpg
Kongsi Bersama

1.Pandemik Covid-19 tidak hanya mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan malahan menjejaskan ekonomi khususnya dalam sektor pekerjaan. Ramai yang terkesan dan hilang punca rezeki. Menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), angka pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8% pada Disember 2020.

2. Ini memperlihatkan industri berkaitan pelancongan seperti penginapan dan perkhidmatan makanan; pengangkutan & penyimpanan; dan kesenian, hiburan & rekreasi terus merosot yang mencerminkan kesan pandemik kepada industri berkenaan. Jika dilihat pada taraf pekerjaan, kategori bekerja sendiri yang merangkumi 15.8% penduduk bekerja, terus mencatatkan pengurangan. Ia merupakan sebanyak 0.6% kepada 2.4 juta orang pada Disember 2020.

3. Kumpulan itu terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam dan gerai makanan, serta pekebun kecil. Bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu meningkat kepada 146,200 orang berbanding November 2020 (142,000 orang) disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan serta cuti persekolahan dan cuti perayaan yang singkat.

4. Disebabkan krisis ini, belia adalah kumpulan paling tidak bernasib baik dengan kadar pengangguran semakin meningkat (12.9%). Pasaran kerja suram menggambarkan lepasan sekolah dan graduan universiti tidak bernasib baik dalam pasaran buruh kerana kekangan pengambilan pekerja baharu.

 

Baca seterusnya di sallehsaid.com

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top