DARI BLOG SSK: Kemiskinan & Penyelesaiannya

poverty.jpg

1.Kemiskinan adalah sebuah isu yang sinonim untuk dikaitkan dengan sesebuah negara membangun seperti Malaysia. Justeru itu, usaha membasmi kemiskinan memerlukan komitmen berterusan dari kerajaan untuk memastikan ia dapat ditangani dengan baik. Jika tidak ia akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya.

2. Menurut perangkaan, golongan Bumiputera adalah yang paling terkesan dengan rekod pada tahun 2019 sebanyak 7.2 peratus berbanding kaum lain, manakala kadar pengangguran Bumiputera bagi suku kedua tahun berikutnya adalah 5.2 peratus, berbanding purata nasional sebanyak 5.1 peratus. Keadaan bertambah buruk selepas kita berhadapan krisis COVID-19 yang belum nampak tanda pemulihan. Melalui angka- angka ini saya berpendapat fokus dan penumpuan usaha pembasmian kemiskinan hendaklah menjadi agenda utama kerajaan.

3. Ia perlu dilaksanakan mengikut setiap saluran negeri, bandar dan luar bandar meliputi semua kaum supaya kemiskinan dapat ditangani dengan lebih berkesan terutama kategori B40. Antara langkah yang saya rasakan perlu adalah dengan menyemak semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Sebagai contoh, penilaian semula dan pengukuran PGK menggunakan metodologi 2005 dan 2019. Perbandingan keduanya dilihat menghasilkan data yang tidak selari dan tepat berdasarkan keadaan semasa. Sistem penilaian baru yang lebih komprehesif diperlukan supaya kedudukan PGK sebenar selari dengan perkembangan semasa serta perubahan pembangunan Malaysia dapat dijana.

4. Langkah kedua, saya merasakan ilmu dan kemahiran adalah kunci terpenting bagi membantu golongan ini keluar dari kepompong kemiskinan. Seperti yang kita tahu pelbagai agensi dan badan yang telah diwujudkan kerajaan bagi membantu rakyat meningkatkan kemahiran dan taraf hidup. Sebagai contoh Mara dan Tekun Nasional yang menyediakan latihan dan pinjaman buat mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan. Bagi anak muda pula, terdapat pelbagai cabang untuk mereka melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dengan kos yang rendah bagi memenuhi kehendak industri seperti Giat Mara dan IKBN.

 

Baca seterusnya di: sallehsaid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top