DARI BLOG SSK: DidikTV Beri Sinar Baharu Buat Pelajar

Didik-TV.jpg
Kongsi Bersama

1. Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia telah memberi kesan kepada para pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Saya menyambut baik langkah kerajaan melancarkan DidikTV kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah PdPR kerana hal ini dapat menyelesaikan kebuntuan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman. Kawasan pedalaman tidak boleh mengikuti PdPR kerana masalah kemudahan peranti serta internet.

3. Platform ini wajar dipuji kerana ia menunjukkan keprihatinan kerajaan yang mendengar keluhan rakyat terutamanya guru-guru dan ibu bapa. Saya mendapat banyak maklum balas warga pelajar yang menyambut baik pelaksanaan ini.

4. Hal ini sedikit sebanyak melegakan kebuntuan rakyat yang  dahagakan sistem pendidikan dan pembelajaran yang dilangsungkan secara konsep sama rata.

 

Baca seterusnya di: sallehsaid.com

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top