1.Umum mengetahui Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah memperkenankan Proklamasi Darurat bukan bertujuan untuk menggantung sidang Parlimen. Malah baginda turut menegaskan hasrat sebenarnya Darurat tersebut adalah bagi menangani penularan wabak Covid-19.
2. YDP telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang ketika Darurat. Ia dizahirkan melalui Kenyataan Media Istana Negara bertarikh 12 Januari lalu. Baginda sudah berunding dengan banyak pihak berwibawa untuk membuat keputusan, malah permintaan kali pertama Perisytiharan Darurat oleh Jemaah Menteri, tidak diperkenan.
3. Baginda turut menjelaskan keadaan Darurat disebut sebagai tindakan proaktif khusus untuk memerangi wabak ini. Namun beberapa pihak keliru dengan tanggapan bahawa pelaksanaan Proklamasi Darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.
4. Pandangan saya, persidangan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) amat penting kerana kita harus mempertahankan, memelihara kebebasan dan kedaulatan negara demokrasi. Parlimen perlu terus menjadi satu perhimpunan bagi membincangkan hal-hal melibatkan kepentingan negara. Ia juga penting bagi melancarkan proses meluluskan dan meminda Undang-Undang Persekutuan selain memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan Bajet Kerajaan dan cadangan cukai yang baru.
Baca seterusnya di sallehsaid.com