DARI BLOG SSK: Bila Kita Perlu Meletakkan Rakyat Di Tempat Pertama

PH-menteri-kewangan.jpg
Kongsi Bersama

Artikel ini dipetik sepenuhnya daripada blog Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak ‘Terus Melangkah’. Blog itu boleh dilayari di sallehsaid.com

1.Susulan perjumpaan bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pakatan Harapan telah mengumumkan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk membentuk Belanjawan Perpaduan (Unity Budget), dan mengemukakan beberapa cadangan demi memperkukuhkan lagi Bajet 2021.

2. Ini adalah satu perkembangan positif dan langkah pertama yang sangat dialu-alukan demi meletakkan kepentingan rakyat mendahului politik

3. Di serata dunia, kerajaan-kerajaan sedang bertungkus-lumus untuk mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan dan ekonomi yang dibawa oleh pandemik Covid-19. Apa yang kita lalui hari ini belum lagi berakhir, dan ada kemungkinan keadaan akan menjadi bertambah buruk.

4. Tahun Tikus atau 2020 ternyata sangat mencabar dan ia telah mengubah cara dunia berfungsi dalam apa yang dipanggil sebagai “normal-normal baharu”. Namun begitu, kita masih tidak lagi tahu apa sebenarnya “normal-normal baharu” ini memandangkan kita kerap kali terpaksa mengubah “peraturan-peraturan” tersebut demi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul saban hari.

5. Ekonomi-ekonomi maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah hanya mampu menghadapi konflik ini hari ini dan terpaksa mengubah pendekatan yang digunakan kerana pandemik Covid-19 sangat tidak menentu (unpredictable).

6. Malaysia masih ada peluang untuk mendahului dalam mencari penyelesaian terbaik sekiranya kita membuat perancangan yang rapi dan mengumumkan belanjawan yang kukuh.

7. Ini boleh dilaksanakan jika rakyat Malaysia mengenepikan pendirian politik untuk seketika dan bekerjasama demi kebaikan negara.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top