1.Susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun selama dua, kerajaan pada 31 mei lalu mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion. Ia telah mengundang pelbagai reaksi dari kalangan pemimpin dan rakyat, ada yang menyambut baik dan tidak kurang juga yang lantang mengkritik.
2. Berdasarkan pengumuman tersebut dapatlah disimpulkan pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan di kala masa-masa mencabar seperti kini. Antara inisiatif yang terkandung adalah Geran Khas Prihatin (GKP) bagi perniagaan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan moratorium bersasar bagi B40 dan M40 yang terkesan akibat Total lockdown.
3. Adalah diharapkan agar pelaksanaannya kali ini haruslah total seperti yang diumumkan selain memberi kesan positif secara menyeluruh. Biarlah kita berkorban sementara buat masa yang singkat ini dari kita menderita secara berpanjangan akibat ingin menjaga hati pihak-pihak yang berkepentingan. Fokus kerajaan buat masa ini mestilah untuk rakyat kerana peningkatan kes yang dilihat tidak terkawal dan kadar kematian yang semakin meningkat melebihi 100 orang sehari.
4. Kerajaan boleh mencontohi negara-negara yang telah berjaya menangani covid seperti China, Australia dan Vietnam yang perlaksanaannya amat ketat, teliti serta tangkas. Penekanan sepenuhnya diberikan melalui perintah berkurung yang tegas, penggantungan sektor yang berisiko dan tidak perlu selain pemberian bantuan subsidi barang keperluan asas.
Baca seterusnya di: sallehsaid.com