DARD dedah Umno pusat tolak autonomi negeri tentukan rakan politik

DARD.jpg

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (DARD) mendedahkan permintaan Umno Sabah diberi autonomi menentukan rakan politik menjelang PRN akan datang ditolak oleh Umno pusat.

Bekas menteri persekutuan itu berkata ia bagi mengelak ‘kejanggalan’ dalam dasar parti dan kerana Umno pusat tidak mahu negeri-negeri membuat keputusan tidak selari dengan pandangan atau kedudukan mereka.

“Kalau Umno di peringkat negeri membuat keputusan berlainan, ia akan memberi suatu kejanggalan dan kedudukan yang rumit bagi menyelaraskan pendirian dan dasar Umno.

“Sukar untuk leraikan kejanggalan ini. Itu sebab Umno pusat tidak mahu menurunkan kuasa bukan sahaja kepada Umno Sabah, tetapi juga negeri-negeri lain. Perlu ada satu jajaran yang betul-betul melambangkan jajaran menyeluruh di semua peringkat,” katanya sebagaimana dilaporkan FMT.

Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Umno Bahagian Tuaran berkata demikian dalam video di laman Facebook.

Sebelum ini, Abdul Rahman membidas pemimpin tertentu yang mengumumkan kerjasama politik termasuk bersama Warisan pada PRN walaupun belum ada keputusan muktamad, tanpa menyebut nama.

Katanya, Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejak tahun lalu mengingatkan pemimpin negeri tidak membuat kenyataan mengenai kerjasama terbabit sebelum keputusan rasmi dibuat.

Desas-desus kerjasama Warisan dan Umno untuk berdepan PRN mula bertiup sejak Disember lalu susulan kehadiran Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ke Perhimpunan Agung Tahunan Warisan diketuai bekas ketua menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

April lalu, Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir, berkata parti itu mungkin hanya menjalin kerjasama dengan Warisan selepas PRN, sambil mengakui rundingan bersama parti pimpinan Shafie itu berjalan lancar.

Sebulan kemudian, Bung turut memberi ‘bayangan’ membentuk gagasan dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dalam PRN.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top