DAP Tidak Akan Mengemis Kerjasama Dengan Parti Lain

anthony-loke.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: DAP terbuka untuk berunding dengan parti lain di Sabah, bagi menjalin kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, memberitahu sidang akhbar pada Sabtu bahawa bagi Sabah, DAP terbuka untuk berunding dengan semua parti yang menentang kerajaan Persekutuan sekarang.

“Di Sabah senario politik sangat unik tetapi asas dan pendirian utama kami ialah DAP adalah Pakatan Harapan (PH) dan kami sangat jelas (tentang) siapa kawan kami. Pada masa sama, kami terbuka untuk berunding dengan pihak lain yang sudi memberi kerjasama,” katanya.

Menjawab soalan jika ia termasuk Parti Warisan, Loke berkata, “kami bersedia untuk berunding dengan mana-mana pihak yang bersedia untuk bekerjasama. Saya tidak akan menyatakan parti mana tetapi mana-mana pihak yang bersedia untuk duduk dan berunding.

“Jika ada parti yang mahu menyerang kami setiap hari, kami akan membalas tetapi jika ia sanggup berunding, kami akan duduk berbincang, ini adalah keterbukaan DAP. Bagi saya, kami bersedia untuk menghubungi Datuk Seri Shafie Apdal (presiden Warisan).

“Tetapi apa-apa mesyuarat (dijalankan) mestilah atas dasar saling hormat-menghormati, tetapi ini tidak boleh dilihat oleh orang-orangnya bahawa kita mohon untuk bekerjasama. Kami di sini bukan untuk mengemis untuk bekerjasama dengan orang lain tetapi kami terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan Sabah dan Malaysia,” tegas Loke.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat baharu DAP Sabah yang dipindahkan ke Damai, Luyang, Loke berkata DAP dan Warisan telah melalui pasang surut dalam beberapa tahun hubungan mereka.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top