DAP Tak Letak Syarat Kerjasama Dengan Warisan, Kata Loke

anthony-loke.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Anthonyr Loke malam tadi menafikan menetapkan sebarang syarat untuk bekerjasama dengan Warisan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), bertentangan dengan dakwaan oleh presidennya.

Loke berkata, ia hanya menyatakan “pendirian” untuk mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi DAP dalam pilihan raya umum lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP menang tiga kerusi Parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tenom.

“Kita tidak minta banyak. Kita tidak mempunyai banyak kerusi (di Sabah).

“Sebaliknya saya dituduh sebagai angkuh. Bagi saya ini seolah-olah seperti alasan untuk tidak berunding mengenai kerusi,” katanya dalam segmen di Facebook bertajuk #AnthonyJawabJujur.

Semalam, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata DAP tidak sepatutnya menetapkan syarat apabila berunding dengan Warisan mengenai kemungkinan kerjasama pada PRU15.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Loke bahawa parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan parti dari Sabah yang lain selagi mereka mengekalkan hak bertanding di tiga kerusi itu.

“Ini aliran trafik sehala, nak bincang, bincanglah. Tetapi, ini ada letak syarat. Hanya boleh bincang kecuali penuhi kehendak mereka.

“Kita tidak boleh terlalu angkuh, tujuan kita nak menang. Maka, rundinglah macam dulu, sebelum kita berhadapan PRU14. Ketika itu, kita runding sebaik mungkin bukan hanya pembahagian kerusi tetapi hala tuju kerjasama,” kata Shafie yang dipetik sebelum ini.

Loke sekali lagi berkata beliau terbuka untuk bekerjasama dengan Warisan dan ia terpulang kepada mereka untuk menerima tawaran itu.

Bagaimanapun katanya, komen yang dibuat oleh parti itu memberi gambaran bahawa mereka tidak berminat untuk mengadakan sebarang perbincangan atau rundingan.

Pada Mac, Loke mengakui bahawa hubungan DAP dan Warisan agak “tegang” disebabkan “pendekatan konfrontasi” yang dilakukan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dengan bertanding di kerusi dimenangi DAP pada pru lalu.

Jumaat lalu, Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe berkata sebarang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Warisan nampaknya tidak mungkin berlaku kerana mereka menjauhkan diri daripada gabungan pembangkang. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top