DAP Pertimbang Tawaran Ismail Sabri

lim-guan-eng-hero.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: DAP menyatakan kesediaan dan sanggup mempertimbang tawaran menyertai Majlis Pemulihan Negara serta Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kesediaan mempertimbang tawaran tersebut adalah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat serta negara ini.

Bagaimanapun, katanya, apa yang penting tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu bukan sekadar tangkap muat dan menjadi ‘rubber stamp’ kerajaan semata-mata.

“Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, DAP sanggup mempertimbang tawaran untuk kepemimpinan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

“Asalkan bukan sekadar tangkap muat dan menjadi rubber stamp kerajaan semata-mata. Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya semalam.

Ismail Sabri dalam ucapan awam sulungnya hari ini berkata, kerajaan memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. – UTUSAN ONLINE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top