DAP Pecat Ahli Tanding Atas Tiket LDP

dap.jpg
Kongsi Bersama

BINGKOR: Jawatankuasa Disiplin DAP memecat Julius Favianus selepas dia mengumumkan bertanding di DUN Bingkor.

Julius akan melawan calon DAP sendiri, iaitu Odom @ Peter Dhoms Saili @ Soili.

“Parti dan gabungan, Warisan Plus, memutuskan agar Bingkor ditandingi calon DAP dengan menggunakan lambang Warisan.

“Mana-mana ahli parti yang menjadi calon bertentangan dengan persetujuan yang dicapai rakan gabungan Warisan Plus bertindak ingkar dan tidak berdisiplin.

“Ia juga satu pengkhianatan kepada kehendak rakyat yang mahu mengekalkan kerajaan Warisan Plus,” kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Chong Chieng Jen (gambar) dalam kenyataan.

Penyandang DUN Bingkor adalah Robert Tawik @ Nordin dari STAR, yang akan mempertahankan kerusinya dalam PRN ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top