DAP Mohon Maaf Cadangan Yang Baik – Tok Mat

tok-mat.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Permohonan maaf daripada DAP kepada Umno bagi apa yang dikatakan tohmahan terhadap parti itu disifatkan sebagai bagus untuk kerjasama antara kedua-dua pihak.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada masalah dengan seruan Pemuda Umno yang mahu bekas seteru itu memohon maaf, malah menyifatkan ia sebagai “cadangan yang baik”.

“Kalau DAP berbesar hati minta maaf kepada Sarawak (Gabungan Parti Sarawak), kalau boleh lagi bagus kita akan bekerjasama,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno.

“Satu kerajaan mesti berbesar hati.”

Perkembangan ini menyusuli ketegasan Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapannya semalam, yang berkata sayap itu sedia dicemuh kerana mahu DAP memohon maaf.

Tegasnya, ini keinginan akar umbi Umno.

Sebelum itu, Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu mohon maaf tidak perlu ditimbulkan ketika ini kerana kedua-dua parti sudah melupakan sengketa selepas mencapai persetujuan dalam rundingan membentuk kerajaan perpaduan.

Akmal berkata permohonan maaf itu perlu dibuat jika DAP mahu melembutkan hati orang Melayu dan Umno supaya memilih mereka pada PRN akan datang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top