DAP dan Sekutu Sasar Menang 45 – 50 Kerusi

chan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: DAP dan sekutu-sekutunya Warisan, PKR dan UPKO menyasarkan 45 hingga 50 daripada 73 kerusi yang akan dipertandingkan, iaitu majoriti dua pertiga, dalam PRN Sabah nanti.

Gabungan itu juga menyasarkan undi popular yang lebih tinggi juga diperlukan. Pada PRU lalu, Warisan-PH mendapat 47.19 peratus undi manakala BN 42.04 peratus.

Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, sasaran itu perlu kerana mana-mana pihak yang menang dalam PRN tersebut, sama gabungan yang diketuai Warisan atau Perikatan Nasional, perlu mendapat mandat yang kuat bagi menubuhkan kerajaan yang stabil.

Ini bagi mengelakkan keadaan DUN tergantung seperti yang dilihat selepas PRU ke-14 berulang kembali – dengan kedua-dua pihak menang 29 kerusi, yang membawa kepada pertukaran sokongan dan usaha rampasan kuasa yang akhirnya menyebabkan pembubarannya.

“Mana-mana pihak perlu menang kerusi yang cukup serta undi popular yang meyakinkan.”

“Tanpa mengira pihak mana yang mendapat sokongan pengundi, mereka perlu memberi mandat yang kuat kepada salah satu pihak,”katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Chan bagaimanapun kekal optimis kekal optimis gabungan diketuai Warisan boleh mendpat kemenangan meyakinkan.

Menurutnya, sentimen di lapangan kian memburuk buat bekas ketua menteri Musa Aman yang didakwa menggerakkan pertukaran sokongan 13 Adun kerajaan sebelum ini.

Katanya lagi, secara umumnya pengundi Sabah percaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan memainkan peranan dalam usaha itu memandangkan setiausaha politiknya serta ‘orang kanannya’ Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkunjung ke Sabah sebelum ini.

“Kebanyakan orang Sabah yakin Muhyiddin di belakang langkah ‘katak’. Mereka merasakan Muhyiddin di belakang Musa, pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin dan pengerusi Bersatu negeri Hajiji Nor.

“Ini bukan soal Muhyiddin baik atau tidak, tetapi anda tidak harus masuk campur dalam kerajaan Sabah. (Siapa yang membentuk) kerajaan negeri perlu diputuskan orang Sabah, bukan Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top