AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii melalui akaun Facebooknya, menyelar sebuah parti politik pembangkang kerana tidak mematuhi SOP ketika bersidang sedangkan rakyat yang melakukan kesalahan sama, akan didenda sebanyak RM 10,000.
Tulis Razlan, “Semalam, berlansung (berlangsung) satu Mesyuarat di Perak bagi Parti DAP, seramai lebih 1500 perwakilan hadir didalam satu dewan.
“Ada insiden pegang memegang, insiden tarik menarik, insiden cakap tanpa face mask, insiden duduk berdekatan, dan namakan sahaja peraturan SOP yang sepatutnya mereka patuhi”.
Gesa beliau, “Saya mendesak pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri jangan double standard dalam hal ini. Rakyat mahu lihat apakah bentuk Saman dan Kompaun yang akan dikeluarkan oleh pihak Polis terhadap mereka yang berada dalam Gambar ini dan apakah tindakan Pihak Polis terhadap Penganjur yang gagal dalam mematuhi SOP”.
Menurutnya lagi, “Rakyat mrasa (merasa) terhina apabila undang-undang ini dikenakan kepada mereka yang dikatakan melanggar SOP walaupun boleh dipertikaikan, namun apakah kerajaan berani menegakkan undang-undang apabila melihat Mesyuarat DAP ini yang jelas telah melanggar SOP”.
“Sekira pihak Kerajaan melihat dan menunding jari kepada mana-mana pihak dan beralasan mahu menyiasat atau tidak, maka tidak guna Darurat yang ada sekarang. Bubarkan sahaja Darurat”, tulisnya di akhir hantaran tersebut. – SuaraTV