Dana PRN Sabah: PAS Papar Anjur Majlis Makan Malam

pas-1.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: PAS Kawasan Papar telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersama Dato’ Panglima Perang YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud di Restoran Al-Hamra Kinarut, di sini semalam.

Majlis Makan Malam ini bertujuan mengumpul dana Pilihan Raya Negeri Sabah di samping mendengar kupasan isu-isu semasa daripada pemimpin.

Turut hadir dalam majlis Mohd Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin, Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Abd Salim Karim, Yang Dipertua PAS Papar, YB Datuk Arifin Afif mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah dan 60 orang tetamu undangan yang memenuhi ruang makan malam.

Dato’ Panglima Perang dalam ucapannya pada malam itu menerangkan tentang Muafakat Nasional dan kepentingan penyatuan ummah.

“Kita perlu mengurangkan perbezaan dan meyatukan titik persamaan supaya Muafakat Nasional di Negeri Sabah dapat diterjemahkan kerana musuh acap kali mencari ruang untuk memecahbelahkan kita,” ujar beliau.- Sumber: Berita Pas


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top