Dalam Politik Kena Ada Tolak Ansur – Bung Moktar

bung-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak melihat kelebihan kerusi yang dimiliki BN sebagai satu-satunya faktor untuk mereka mengetuai pemerintahan di Sabah.

Utusan Malaysia melaporkan Bung Moktar sebagai berkata, dalam politik perlu saling bertolak-ansur demi kestabilan di negeri ini.

“Itu sekadar pandangan (Mohd. Shafie). Walau bagaimanapun, politik ini kena adagive & take untuk stabilkan negeri, stabilkan rakyat,” katanya semasa merasmikan majlis pengiktirafan dan penghargaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyatakan Sabah sepatutnya diperintah oleh BN kerana jumlah kerusi yang dimiliki BN lebih banyak daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun, disebabkan Perdana Menteri ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin maka, tampuk pemerintahan diberikan kepada Bersatu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020, BN memangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala, Bersatu hanya memperoleh 12 kerusi DUN.

Mengulas tentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilihat mahu mengumpulkan parti-parti tempatan, Bung Moktar berkata, BN tidak mempunyai sebarang masalah mengenai langkah GRS itu.

“Walau bagaimanapun, saya rasa biarlah Pengerusi GRS yang komen tentang perkara ini. Bagi kami (BN), kami tiada masalah kerana kami mempunyai parti komponen sendiri. Ada kebaikan juga sekiranya semua parti mahu menyertai GRS,” katanya.

Jelas beliau, persaingan itu berlaku dimana-mana jadi, tiada masalah jika GRS itu disertai oleh parti-parti tempatan.

Pada masa ini, GRS dianggotai oleh lima parti iaitu Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top