Dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah: Kaitkan Hajiji adalah fitnah – NGO

Zulkarnain-Mahdar.jpg

Zulkarnain (dua dari kanan) menunjukkan laporan yang dibuat beliau di Balai Polis Sri Petaling, pada Khamis.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tuduhan mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan skandal dakwaan perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu adalah fitnah.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, beliau secara peribadi amat mengenali Hajiji biar pun tidak terlibat dengan mana-mana ahli parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, tuduhan yang menyatakan Hajiji menekan bekas seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) berkaitan projek kepada kontraktor pilihan adalah diyakini merupakan fitnah jelik dan jahat.

“Apa bukti dakwaan itu? Ia sekadar tuduhan.

“Saya harap polis siasat dan panggil bekas CEO ini kerana itu tuduhan cukup melampau dan jelik kepada Hajiji,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling di sini pada Khamis.

Zulkarnain berkata, beliau amat yakin Hajiji tidak mempunyai kaitan dengan isu terbabit.

Jelasnya, laporan ini bagi membersihkan nama Hajiji dan berharap agar polis dapat bertegas dengan isu terbabit.

 

— MUHAMMAD AFHAM RAMLI/Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top