Dakwaan Pengosongan Wisma KOSAN Tergesa-gesa Tidak Benar – Ellron

wisma-kosan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN), telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 30 koperasi itu, yang telah diadakan pada 29 Jun 2013.

Dalam satu kenyataan media, Pengerusi KOSAN Datuk Ellron Angin,berkata selaras dengan itu, bagi pembangunan tanah Wisma KOSAN, Likas ianya telah ditanda tangani pada 24 Ogos 2015.

Menurutnya, tanah di mana terletaknya Wisma KOSAN adalah tanah yang dimiliki oleh KOSAN sendiri dan bukannya tanah kerajaan.

Ellron

Katanya pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota KOSAN serta rakyat Negeri Sabah di mana bangunan yang akan dibangunkan mengandungi apartmen  mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.

“Pembangunan tanah Wisma KOSAN Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota KOSAN dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.”

Menurut beliau, dakwaan penyewa bahawa cara pengosongan tersebut secara tergesa-gesa adalah tidak benar kerana penyewa telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi. Jangka pengosongan adalah selama 3 bulan.

“Walaubagaimanapun kebanyakan penyewa telah memohon kepada KOSAN agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019. Dan di persetujui.”

Dalam jangka waktu ini, penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan. Memandangkan kesan penularan COVID 19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa masih berada di bangunan tersebut sehinggalah tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top