Dakwaan GRS Tinggalkan PM Jika Berlaku Pergolakan Politik Karut, Berniat Jahat – Nizam

Nizam.jpg

Datuk Nizam (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dakwaan Parti Warisan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meninggalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika berlaku pergolakan politik tidak masuk akal.

Menurutnya, GRS bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuat keputusan bersama selepas Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Kerana itu katanya, adalah tidak wajar Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman membuat dakwaan karut dan jahat, jika pun mahu menjadi “Nujum Pak Belalang”, dengan mendakwa GRS adalah parti pertama meninggalkan Perdana Menteri jika berlaku pergolakan politik.

Hakikatnya, Parti Warisanlah termasuk Azis yang mempunyai niat tidak mahu menyokong mana-mana parti atau pemimpin nasional, dan atas sebab itu, mereka memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar dan telah bergerak solo pada PRU-15.

Keputusan Warisan menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan pada hakikatnya kerana mereka tiada pilihan lain, atas sebab hanya mempunyai tiga ahli parlimen. Menyokong dan tidak menyokongpun tidak memberi kesan pada Kerajaan Perpaduan antara PH, BN, GPS dan GRS,” kata Nizam yang juga ADUN Apas dalam satu kenyataan pada Isnin.

Nizam berkata, Azis dan parti beliau cuba menutup kesalahan sendiri, dengan menuding kepada parti lain dan kenyataan Azis itu hanyalah ilusi dan andaian liar semata-mata.

Berdasarkan pengalaman lepas dalam Kerajaan Negeri Sabah semasa Warisan memimpin gabungan mereka, saya yakin parti-parti komponen PH di Sabah mengetahui sikap dan keikhlasan Warisan dalam kerjasama dan permuafakatan.

Agar Aziz tidak terus mabuk, kerana tindakan wakil-wakil parti beliau yang mengumumkan keluar bersama-sama dengan pemimpin akar umbi parti itu, semua pihak yang menyokong Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri telah lama move on (meneruskan kehidupan) termasuklah para pemimpin GRS, seperti mana dibuktikan menerusi sokongan pada sebarang keputusan, misi Kerajaan Perpaduan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Tidak sedar kah Azis semasa perjumpaan kakitangan Persekutuan dan negeri bersama Perdana Menteri, bagai mana sambutan kepimpinan negeri pada Perdana Menteri tersebut,” katanya.

Nizam berkata dengan sokongan Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan GRS dan PH Sabah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak timbul sama sekali tindakan khianat, seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri pada 6 Januari lalu yang didalangi oleh pemimpin Warisan untuk merampas kerajaan secara kerajaan pintu belakang.

Janganlah kerana pemimpin dan parti sendiri mempunyai niat jahat, maka mengandaikan pemimpin dan parti lain juga sama,” katanya.

Gagasan Rakyat adalah komponen GRS yang juga terdiri daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airlu (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top