Daging babi: Pasar raya perlu hormati umat Islam

sahar-abd-majid.jpg

Sahar

SANDAKAN: PAS menggesa pengusaha pasar raya agar menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ini susulan ada pasar raya yang menyimpan daging tidak halal bersama makanan halal yang lain di dalam peti sejuk beku yang sama.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata pengusaha pasar raya seharusnya lebih peka dan berhati-hati dalam menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Jumaat lalu kita digemparkan dengan berita sebuah pasar raya yang berada di Sandakan telah diserbu oleh sepasukan penguatkuasa kerana disyaki menyimpan daging babi beku di bilik sejuk pasar raya itu,” katanya.

Menurutnya, daging babi beku yang dirampas mencecah sebanyak 1,016.88 kilogram dengan nilai berjumlah RM10,686.80.

Sahar berkata, perkara itu seharusnya tidak berlaku sekiranya pengusaha pasar raya mematuhi undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. – Harakah Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top