Dadah bernilai RM55,000 dirampas, lelaki tempatan ditahan di Tawau

ACP-Jasmin.jpg

ACP Jasmin (gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU : Polis menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 1004.56 gram dianggarkan berjumlah RM55,000 di sekitar kawasan Balung, pada 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam di sekitar tepi jalan di kawasan Balung, selepas polis mensyaki lelaki terbabit memegang sebuah kotak berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kotak tersebut mendapati, terdapat satu bungkusan plastik warna hijau tertera tulisan cina serta berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Polis bertindak diatas maklumat bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah menjalankan pemantauan serta risikan di sekitar kawasan Balung, Tawau.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Jasmin berkata, Polis Daerah Tawau kini sedang meningkatkan lagi operasi membanteras kegiatan jenayah serta dadah dari masa ke masa dengan keadaan yang lebih agresif.

“Kita menyeru agar masyarakat Tawau agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah bagi membenteras kegiatan ini secara lebih drastik sehingga ke peringkat akar umbi.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline 089-772121 atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” jelas Jasmin. – SNT (Sabah News Today)

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top