Dadah: Adik Menteri Minta Dibicara

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 49, yang merupakan adik kepada Menteri Persekutuan Tan Sri Noh Omar, meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bagi pertuduhan menyeludup 82.71gm syabu.

Mohd Jusnaidi Omar mengaku tidak bersalah di hadapan Datuk Nurchaya Haji Arshad, melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam, 27 November, 2019 di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Jusnaidi didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dakwaan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Aka sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Nurchaya menetapkan 26 November ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan pertama dan memerintahkan Jusnaidi direman lanjut sementara menunggu tarikh itu kerana pertuduhan ke atasnya tidak membenarkan ikat jamin.

Ini adalah kali kedua Jusnaidi didakwa menyeludup dadah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, pada 20 Jun 2008, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini dari pertuduhan menyeludup 1.011kg kanabis yang didakwa dilakukan di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Tanjung Aru, di sini, pada jam 10 pagi, 20 Mei, 2007.

Kira-kira lapan tahun kemudian, pada 1 September, 2016, Jusnaidi dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas perbicaraan penuh satu lagi jenayah menyebabkan kecederaan kepada seorang mekanik dengan menembak mangsa menggunakan pistol pada jam 5 petang, 6 Mei 2015, di satu premis di Jalan Tuaran By-Pass dekat sini, yang dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – DE


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top