Cuti Krismas, Tahun Baharu Dibeku Di Indonesia Untuk Bendung Covid-19

cuti-indon.jpg
Kongsi Bersama

JAKARTA: Indonesia melarang penjawat awam dan pekerja di syarikat swasta dimiliki kerajaan mengambil cuti sempena sambutan Hari Krismas serta Tahun Baharu.

Memetik laporan The Strait Times, langkah tersebut diambil untuk membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19.

Katanya, arahan itu berkuatkuasa kepada kira-kira  4.2 juta penjawat awam dan dua juta pekerja syarikat berkaitan kerajaan serta firma swasta lain.

“Selain itu, aktiviti kesenian, kebudayaan dan sukan juga tidak dibenarkan antara 24 Disember sehingga 2 Januari depan,” katanya.

Arahan tersebut dikeluarkan pekeliling Kementerian Hal Ehwal Tempatan semalam.

Arahan sama turut terhadap penutupan semua dataran pada 31 Disember sehingga 1 Januari depan turut dilaksanakan.- AGENSI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top