Cukai Petroleum Bukti Kerajaan Dahulu Tidak Takut Pada Mahathir, Kata Shafie

shafie-.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal semalam sekali lagi menafikan kerajaan pimpinannya takut dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung tuntutan hak minyak dan gas.

Katanya, sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2018, Warisan Plus telah merangka dan menyusun langkah bagi memperjuangkan isu berkenaan yang didakwa tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum itu..

”Hari ini seperti dibentangkan menteri kewangan, hasil Sabah dianggarkan meningkat daripada cukai petroleum yang ada, iaitu RM1.2 bilion dan ini adalah kerangka yang kita susun atur sewaktu pemerintahan Warisan dulu.

”Usaha ini belum pernah berlaku sebelum atau selepas Merdeka, iaitu mengenakan cukai jualan kepada syarikat petroleum sebanyak 5%.

“(Langkah menetapkan cukai jualan) itu bukan bererti saya takut dengan bekas perdana menteri Tun Mahathir, tidak,” katanya dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN pada Isnin.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing mendakwa kerajaan Sabah pimpinan Warisan sebelum ini tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana mereka takut kepada Mahathir.

Kenyataannya menyusul kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang berkata, Sabah akan memeterai perjanjian komersial dengan Petronas, seperti yang dilakukan Sarawak.

Masing berkata, Sarawak sebenarnya sudah mendekati kerajaan Sabah di bawah pimpinan Warisan untuk bersama-sama menyaman Petronas berhubung cukai jualan 5% ke atas produk petroleum, tetapi ditolak oleh “seorang menterinya”, yang dilihat merujuk kepada Shafie.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top