Cukai Perkhidmatan naik 2 peratus mulai hari ini, apa yang kita perlu tahu…

cukai.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

Berikut ini adalah soalan lazim berkenaan peluasan skop perkhidmatan bercukai dan perubahan kadar cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa pada hari ini, 1 Mac 2024.

1. Apakah itu cukai perkhidmatan?

Cukai perkhidmatan (CP) adalah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu (prescribed services). Cukai perkhidmatan juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

2. Apakah perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan?
i. CP dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disenarai berdasarkan kepada sembilan kumpulan dalam Jadual Pertama, Peraturan peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dengan kadar semasa bermula 1 September 2018 seperti berikut:

Kumpulan A: Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan: 6 peratus

Kumpulan B: Restoran, bar atau kedai kopi: 6 peratus

Kumpulan C: Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut: 6 peratus

Kumpulan D: Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas: 6 peratus

Kumpulan E: Padang golf atau lapang sasar golf: 6 peratus

Kumpulan F: Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib: 6 peratus

Kumpulan G: Profesional: 6 peratus

• Perundangan
• Perakaunan
• Penilaian/ Penaksiran
• Kejuruteraan, Seni bina
• Perundingan, latihan & tunjuk ajar
• Teknologi maklumat (IT)/ Digital
• Perkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan)
• Perkhidmatan pekerjaan
• Perkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)

Kumpulan H: Perkhidmatan kad kredit, atau kad caj: RM25/setahun

Kumpulan I: Penyedia Perkhidmatan Lain: 6 peratus
• Insurans & takaful
• Telekomunikasi
• Agen Kastam
• Penyedia ruang letak kenderaan
• Servis kenderaan bermotor
• Perkhidmatan kurier
• Perkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaran
• Pengiklanan
• Bekalan elektrik domestik >600kWh
• Pengangkutan penumpang udara tempatan kecuali Rural Air Services (RAS)
• Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan)
• Pembersihan

Baca seterusnya di: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top