Cuba Menjadi Hero Menentang Kerajaan Persekutuan Tidak Bermanfaat Kepada Rakyat Sabah – LDP

CHONG_KAH_KIAT_1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Kehormat Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat parti itu tidak akan cuba menjadi hero dengan menentang Kerajaan Persekutuan kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat Sabah dan Sabah.

Sebaliknya jika menjadi kerajaan negeri, LDP tidak akan berpihak tetapi menghormati, bekerjasama dan terlibat dengan mana-mana Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh sesiapa sahaja yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau siapa sahaja yang dilantik oleh Agong,” katanya.

Bekas ketua menteri Sabah yang 13 tahun menyepi daripada politik dan kini kembali meminpin LDP untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini dilaporkan berkata demikian oleh Daily Express semalam.

Chong berkata, tanpa hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, isu yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang melibatkan hak-hak Sabah tentunya sukar ditangani.

“Janji oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus untuk mengembalikan royalti minyak 20 peratus kepada Sabah, 40 peratus pendapatan cukai bersih dan banyak lagi hanya dapat direalisasikan apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kita bekerjasama antara satu sama lain, bukannya saling bertentangan. ”

Beliau juga berkata bahawa sejarah Kerajaan Negeri PBS dari tahun 1985-1994 yang ‘bermusuh’ dengan Kerajaan Persekutuan tidak boleh berulang di Sabah.

“Pertentangan Kerajaan Negeri yang dipimpin Warisan terhadap Kerajaan Persekutuan sekarang akan membawa Sabah kembali ke era PBS pada pertengahan 1980-an,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top