Cressentia hampir lupakan hasrat sambung pengajian sebab kekangan kewangan

Cressentia.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Masalah kewangan yang dihadapi keluarga membuatkan Cressentia Paul, 19, hampir melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun, sokongan keluarga menyebabkan anak keempat daripada enam beradik ini berusaha memohon bantuan kewangan dan biasiswa daripada kerajaan untuk membolehkannya meneruskan impian untuk ke menara gading.

“Selepas dapat surat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), memang fikiran saya bercampur aduk. Sudah pasti saya gembira dapat tawaran masuk universiti tapi, masalah kewangan menjadi kekangan utama keluarga kami.

“Jadi, apabila kakak dan abang menyatakan saya mesti teruskan pengajian walaupun terpaksa buat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) maka, saya pun bersemangat untuk melanjutkan pengajian. Mereka mahu sekurang-kurangnya salah seorang daripada kami dapat menyambung pengajian di universiti,” katanya…..

 

Baca seterusnya di Utusan Malaysia

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top