COVID-19: Zahid Hamidi Antara 35 Yang Disahkan Positif

zahid-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dilaporkan antara 35 individu yang positif COVID-19.

Kesemua 35 individu berkenaan selain Ahli-Ahli Parlimen ialah petugas-petugas Parlimen yang menjalani ujian saringan pada Jumaat, lapor portal Utusan Malaysia.

Selain itu, portal berkenaan tersebut turut melaporkan terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

Sementara itu, Astro AWANI dimaklumkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon serta kesemua pegawainya adalah negatif COVID-19 selepas menjalani ujian, kata Pegawai Komunikasi Strategik beliau, Muhammad Afiq Mohd Hanif.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan tiga Ahli Parlimen didapati gagal dalam ujian saringan COVID-19 kelmarin.

Sumber memberitahu Astro AWANI, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan kontak rapat.

Difahamkan ketujuh-tujuh Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani kuarantin wajib.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top